Wednesday, January 8, 2014

Maldives, pulau yang mengasyikkan!


Percutian bulan madu dikawasan pantai dapat mewujudkan suasana yang tenang, romantik dan kebahagiaan. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan kehidupan baru anda bersama pasangan. Banyak perunding pelancongan mengesyorkan tempat seperti Hawaii dan Mauritus, namun bagi rakyat Malaysia, ia mungkin akan memakan kos yang banyak. Jadi, rakyat Malaysia banyak memilih Phuket, Krabi dan Bali sebagai altenatif. 

Jika anda mahukan kelainan, pilihlah Maldives! Terletak di Lautan Hindi, Maldives adalah gugusan kepulauan yang cantik dan lautnya amat bersih. Negara ini menfokuskan ekonominya dalam sektor perikanan jadi ia jauh daripada pencemaran alam.

Anda tidak perlu risau untuk pergi kesana kerana Malaysia Airlines dan Air Asia mempunyai penerbangan terus dari Malaysia. Selain itu, terdapat penerbangan lain seperti Qatar Airways, Emirates, Etihad, Singapore Airlines dan banyak lagi yang terbang kesana. Jika anda berkesempatan, anda boleh menginap di hotel bawah laut, Conrad Maldives Rangali Island.



Conrad Maldives Rangali Island



No comments:

Post a Comment