PAKEJ PERLANCONGAN

Dilaman ini, hanya maklumat ringkas tentang:
  • Destinasi 
  • Perkhidmatan yang termasuk dan tidak termasuk dalam pakej
  • Maklumat penerbangan
Sila hubungi nama yang tertera di Contact Us untuk mendapat maklumat lanjut daripada kami.

"Soalan dan permintaan anda adalah sebahagian daripada tanggungjawab perkhidmatan kami"


Airlines: Inclusive

Malaysia
Airlines
Tiket penerbangan serta segala cukai dan surcaj, Bagasi 30 kg dan 7 kg carry on ke kabin. Makanan di dalam penerbangan.
AirAsia
Tiket penerbangan serta segala cukai dan surcaj, Bagasi 20 kg dan 7 kg carry on ke kabin. Makanan di dalam penerbangan
KLM
Tiket penerbangan serta segala cukai dan surcaj, Bagasi 23 kg dan 12 kg carry on. Makanan di dalam penerbangan.

Airlines: Exclusive
1) Bagasi lebih muatan (excess luggage)
2) Kepada pelanggan yang ingin membawa alatan sukan (cth: peralatan Golf) sila memaklumkannya kepada pihak kami terlebih awal.




Vietnam

Ho Chi Minh City
Cara terbaik untuk menghindarkan stress, melanconglah ke Ho Chi Minh City. Bandaraya yang penuh dengan kenangan indah di Delta Sg. Mekong & Cuchi Tunnel, Membeli belah di Ben Thanh Market, menyusuri Dong Khoi Street syurga produk berjenama Gucci, Aldo & Louis Vuitton Vietnam Silk, tudung  tiga lapis soft material, baju Kurung beraneka manik dan ’embroidery’. 

Indonesia

Jakarta - Bandung
Dari Jakarta terus ke Tanah Abang, membeli belah pelbagai jenis fabrik, telekong, pakaian muslimah. Meneruskan perjalanan ke kota Bandung. Melawat Tangkuban Perahu, membeli belah di Pasar Baru Trade centre, Toko Tiga, Cibadayut Shoes, bag of leather shop dan stock centre di Cihampelas.

China

Beijing

Menjelajah ke China jangan lupa untuk memanjat ’Tembok Besar Negeri Cina’ merupakan salah satu keajaiban dunia, berjalan di Tiannamen Square, Forbidden City, Menyaksikan ’acrobatic show’ yang amat memukau mata dan kenyamanan Tasik Kunming dapat menyaksikan Summer Palace . Selain itu bergambar di Stadium sarang Burung sempena Sukan Olimpik berlangsung pada tahun 2008. Anda juga kan dibawa melawat Pearl shop, tea shop, massage foot dan shopping di Silk Street Market. Jika ingin menikmati musim sejuk di Beijing bersuhu yang boleh mencecah 5 Celcius dan bermain - main dengan salji bulan Dec - January adalah masa yang terbaik dan jika ingin menikmati musim bunga, March hingga June adalah waktu terbaik.







No comments:

Post a Comment