Tuesday, January 7, 2014

Gunung Tangkuban Perahu... Indah, Bersejarah!

Gunung Tangkuban Perahu, terletak berdekatan dengan Bandung, Indonesia. Beberapa kawahnya masih aktif kerana terdapatnya gas belerang dilepaskan dan sumber air panas di kaki gunungnya.

Menurut cerita dongeng, seorang ibu, Dayang Sumbi, dan anak lelakinya, Sangkuriang, telah bertengkar dan anak kecil itu melarikan diri bertahun lamanya.

Setelah pulang, ibu tersebut tidak mengenali anaknya yang telah besar dan anaknya tidak menyedari itu ibunya kerana ibunya hanya makan tumbuh-tumbuhan (awet muda) selepas dia melarikan diri. Maka Sangkuriang bercadang ingin mengahwini Dayang Sumbi.

Setelah Dayang Sumbi menyedari itu anaknya, dia cuba menggagalkan niat Sangkuriang dengan mengenakan syarat Sangkuriang perlu membuat sebuah perahu besar. Namun Sangkuriang gagal melaksanakan syarat tepat pada masanya lalu marah dan ditendang sampan itu menjadi sebuah gunung.

Gunung tersebut terhasil daripada perahu yang terbalik (terlangkup).








No comments:

Post a Comment