Wednesday, January 1, 2014

Oxford

Christ Church College - Oxford University

Oxford merupakan sebuah bandar dalam universiti yang unik. Jika anda berjalan di sekitar bandar Oxford, anda dapat merasakan satu persekitaran intelektual dan dapat melihat sendiri gaya hidup pelajar Oxford kerana fakulti/kolej terletak diantara bangunan-bangunan bandar.

Namun yang antara yang menarik tentang bandar ini adalah, ia juga merupakan tempat penggambaran filem-filem Harry Potter.

Sebagai contoh, Christ Church College telah digunakan untuk filem "Harry Potter and the Philosopher's Stone", "Harry Potter and the Chamber of Secrets" dan dewan makannya adalah dewan makan Hogwarts untuk kesemua filem Harry Potter. Bodleian Library pula digunakan sebagai Horgwarts Library. Cedar Tree di Blenheim Palace digunakan sebagai 'flashback scene' dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix dan banyak lagi lokasi lain yang boleh anda lawati kerana ia dibuka untuk para pelancong.

Jika anda merupakan peminat Harry Potter, jika ke UK, jangan lepaskan peluang untuk ke Christ Church College.






No comments:

Post a Comment