Monday, January 20, 2014

Caversham Wildlife Park, Perth

Caversham Wildlife Park yang terletak di Perth, Australia merupakan zoo milik sebuah keluarga yang menggunakan tema “walk-through environment”, yang membolehkan pengunjung berinteraksi terus dengan haiwan. 

Anda juga boleh memberi makan kepada haiwan di taman ini, menonton live show seperti cara mencukur bulu kambing biri-biri, dan banyak lagi pertunjukan haiwan yang anda tidak mungkin dapat lihat dimana-mana. Kini, taman ini mempunyai kira-kira 200 spesies, dan lebih dari 2000 ekor binatang, burung dan reptilia. Antara haiwan-haiwan yang menjadi tarikan pelancong adalah kangaroo, koala, cassowary, flying fox, sooty owl, wombat, black swan, bettong, quokka dan banyak lagi haiwan yang tidak terdapat di Malaysia.



No comments:

Post a Comment